
terkenang mase kecik2 dulu, we each will bring our own cassette kalo nak travel jejauh ie. balik kampung or melancong dalam negara...normally my sister n i will do our own compilation cassette yang di record sendiri dari slot pilihan bersama kat radio muzik...uhuhu...
pada zaman dulu kala tu, takde lagi hitz.fm,era,hot,sinar,fly,mix..etc...dan kereta2 pun belum di install dgn cd-player...apetah lagi mp3 dan menatang2 canggih seumpamanya...(perkataan canggih tu pun macam baru-baru direka kot time tu..uhuhuh)
so each of us will bring our own cassette, n we will be given our own slot....me n sis biasenye lagu2 dari genre yg lebih kurang laa...ape jua yg dikira happening ketika itu, baik mltr,mariah carey, mahupun bonjovi...mama pulak semestinya sudirman atau jamal abdillah! kitorang layan je sume...ba pulak ade dloyd,smsalim,p.ramlee...etc...tapi selalunye ba bosan dengar muzik2 ni dalam kereta, jadi die selalu pasang ceramah2 agama, bacaan quran dan terjemahan...
biasanye by the time ba start pasang die punye kaset2 agama...semua dah terlelap...kuat sungguh syaitan2 itu....
tapi, aku memang dari kecik dulu sangat jarang tidur dalam kereta....maybe coz biase kalo bangun tido dalam kete, aku selalu rase mabuk...n menggelabah cari plastik...dan uwwweek....uhuhu....pastu kene marah kalo tak sempat jumpe plastik!! gross!
nway aku selalu layan jelaa dengar ceramah2 tu, pastu dengar jelaa orang ngaji...syaitan ade bisik2 gak mase tu...rase cam nak suruh ba tukar kaset lain je kekadang tu,sebab some ceramah tu macam dah pernah dengar mase trip sebelum ni...ehehe...
tapi dalam banyak2 kaset tu, there was this particular one yang sampai sekarang macam terngiang-ngiang suara ustaz dari indonesia yang mendayu2 dan cukup menginsafkan...die baca terjemahan surah ar-rahmaan dalam bahasa melayu...cara bacaannyer macam baca syair... dalam surah ni, berkali2 ayat yang sama diulang...
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
Here is the full malay translation...
Ar- Rahmaan
[1](Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
[6]Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
[7]Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
[9]Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
[11]Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
[12]Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
[13]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
[24]Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
[29]Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
[31]Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
[33]Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[35]Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
[37]Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
[39]Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
[41]Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
[43](Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
[44]Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
[46]Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
[52]Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
[54]Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
[56]Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
[62]Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
[70]Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
[74](Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
[76]Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
nikmatilaa maksud ayat2 indah ini dengan mendalam...sungguh menginsafakan...Surah ke-55, Surah Ar-Rahmaan... such a beautiful surah... get the english translation here
No comments:
Post a Comment